Di acara Capsaicin & Cream AMD di Game Developer Conference, syarikat semikonduktor Amerika tersebut mengumumkan nama untuk kad grafik terbaru mereka iaitu AMD Radeon RX Vega. Kad grafik ini bakal menggunakan cipset grafik terbaru oleh AMD, Vega.
Penggunaan nama Radeon RX Vega ini agak mengejutkan kerana ramai yang meramalkan bahawa AMD akan menggunakan nama siri RX 500 sebagai sambungan kepada siri kad grafik RX 400.
Yang menariknya, menurut persembahan video di acara tersebut, siri kad grafik Radeon RX Vega ini bakal merangkumi sektor pengguna, professional dan juga pusat data. Buat masa ini, AMD tidak berkongsi mengenai spesifikasi teknikal secara keseluruhan untuk kad grafik baru ini.
Salah satu ciri yang dipertontonkan oleh AMD ketika pengumuman nama ini adalah sokongan High Bandwidth Cache Controller, yang membolehkan peningkatan kepada frame-rate berbanding kebiasaan – sekaligus menawarkan grafik yang baik.