NVIDIA Mengumumkan Penurunan Harga Untuk GTX 1080

NVIDIA Mengumumkan Penurunan Harga Untuk GTX 1080

Diterbitkan pada Mac 1, 2017 oleh .

Pada acara pengumuman kad grafik terbaru NVIDIA GTX 1080 Ti, syarikat tersebut juga mengumumkan bahawa ia akan menurunkan harga kad grafik kelas tertinggi sebelum ini, iaitu GTX 1080.

Sebelum ini, kad grafik tersebut mempunyai tanda harga USD599 (~RM2664), dan dengan pelancaran kad grafik terbaru, syarikat tersebut menurunkan harga kad GTX 1080 ini sebanyak USD100, menjadikan harga baru kad grafik tersebut USD499.

Menurut laporan TechPowerUp, kad grafik yang lain, khususnya GTX 1070 tidak akan melihat sebarang penurunan harga.

Di Malaysia, kad grafik GTX 1080 ini kebiasaannya dijual pada harga paras RM3500 keatas, dan walaupun dengan nilai matawang sekarang, ia masih jauh lebih mahal daripada harga yang ditetapkan oleh NVIDIA.

Pada masa ini, kami masih belum mengetahui jika penurunan harga ini akan memberikan apa-apa kesan kepada harga jualan kad grafik GTX 1080 di sini.


TIPS & ULASAN