Syarikat Disebalik Snapchat Dilaporkan Pernah Membangunkan Dron Tersendiri

Syarikat Disebalik Snapchat Dilaporkan Pernah Membangunkan Dron Tersendiri

Diterbitkan pada Mac 1, 2017 oleh .

Terdapat pelbagai dron di pasaran hari ini dengan fokus terhadap rakaman gambar dan juga video. Terkini, laporan baru hadir mengatakan pembangun aplikasi popular Snapchat turut pernah membangunkan dron tersendiri dengan fokus terhadap rakaman gambar dan video.

Ini bukan kali pertama pihak Snapchat membangunkan peranti mereka tersendiri. Sebelum ini, mereka telah melancarkan sebuah kaca mata khusus yang dilengkapi dengan kamera untuk memudahkan rakaman gambar dan video. Ia juga telah mula dijual sejak tahun lepas.

Dengan dron ini, ia mungkin akan memudahkan pengguna dalam berkongsi terus rakaman mereka ke medium Snapchat. Tetapi kini, status pembangunan dron berkenaan tidak diketahui lagi – dan menjadi tanda tanya bakal dipasarkan atau sebaliknya.

Apa pun, mungkin buat masa ini Snapchat perlu memfokuskan kepada aplikasi mereka terlebih dahulu – apatah lagi dengan Facebook yang menyerang mereka melalui Instagram dan WhatsApp.


TIPS & ULASAN