Samsung Mengesahkan Penawaran Samsung Flow Untuk Semua Pengguna Windows 10

Samsung Mengesahkan Penawaran Samsung Flow Untuk Semua Pengguna Windows 10

Diterbitkan pada Mac 1, 2017 oleh .

Samsung pada tahun lepas telah memperkenalkan aplikasi Samsung Flow untuk telefon pintar Galaxy dan beroperasi selari dengan tablet Windows 10 dua-dalam-satu mereka, Galaxy TabPro S. Kini, selang setahun daripadanya, Samsung mengumumkan yang mana aplikasi berkenaan bakal ditawarkan untuk semua pengguna komputer Windows 10 bermula April 2017 ini.

Samsung Flow

Bagi anda yang tidak mengenali akan Samsung Flow, ia merupakan salah satu aplikasi yang membolehkan anda mengakses pelbagai notifikasi dan dokumen daripada telefon pintar ke Galaxy TabPro, atau Galaxy Book – sekaligus mempertingkatkan produktiviti anda. Ini kerana ketika anda bekerja, anda akan memandang skrin komputer anda, dan ia akan lebih mudah mengikuti pelbagai kemaskini terus daripadanya tanpa perlu mengambil dan mengaktifkan skrin telefon pintar setiap kali notifikasi masuk.

Samsung mengatakan kemaskini akan datang bakal membolehkan pengguna dari Galaxy S6 sehingga telefon pintar Galaxy terbaru menggunakannya pada semua tablet dan PC Windows 10.


TIPS & ULASAN