Telefon Pintar Tahan Lasak Samsung Galaxy Xcover 4 Bakal Dijual April Ini
Artikel Berkaitan

Telefon Pintar Tahan Lasak Samsung Galaxy Xcover 4 Bakal Dijual April Ini

Diterbitkan pada Mac 1, 2017 oleh .

Peranti pintar di dalam tangan mungkin barangan paling berharga yang dimiliki seseorang pengguna. Ada yang sanggup bergolok gadai semata-mata mahu memiliki peranti paling terkini. Malahan ada individu yang menjual organ dalaman kerana harga jualan peranti yang mahal. Bagi mereka yang “berjari mentega” seperti kami, peranti tahan lasak adalah perlu bagi memastikan ia tidak mudah musnah.

Samsung Galaxy Xcover 4 diumumkan hari ini dan ia sebuah peranti yang tahan lasak yang melepasi piawaian IP68 dan  MIL STD 810G. Skrin peranti masih boleh mengesan sentuhan walaupun pengguna memakai sarung tangan.

Spesifikasinya pula ialah skrin 4.99″ TFT HD, pemproses 1.4GHz empat teras,  RAM sebesar 2 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte. Kamera utama sebesar 13-Megapixel dan kamera hadapan sebesar 5-Megapixel. Bateri 2800 mAh disertakan. Peranti ini menggunakan sistem operasi Android Nougat, Ia akan memasuki pasaran pada bulan April dengan harga jualan €259 (~RM 1213).


TIPS & ULASAN