Carian
Spotify Dalam Persediaan Untuk Menawarkan Penstriman Audio Berkualiti Tinggi
March 2, 2017 Aman

Spotify merupakan salah satu perkhidmatan penstriman muzik popular yang mempunyai angka pengguna yang tinggi. Walaubagaimanapun, sehingga kini mereka masih tidak menyediakan penawaran audio versi nirhilang seperti yang disediakan oleh Tidal.

Perkara berkenaan dijangka berubah tidak lama lagi. Menurut beberapa laporan, Spotify dilihat kini sedang menguji perkhidmatan penstriman menawarkan kualiti audio nirhilang dipanggil Spotify Hi-Fi.

Pengguna akan diperlukan untuk membayar tambahan harga langganan untuk menikmati kualiti audio tinggi ini.

Pihak Spotify masih belum mengumumkan ciri ini secara rasminya, tetapi beberapa pengguna sudah dapat melihat paparan Spotify Hi-Fi pada akaun mereka.

Komen