Skype 5.0 Beta Untuk Linux Diperkenalkan Dengan Sokongan Panggilan Video

Skype 5.0 Beta Untuk Linux Diperkenalkan Dengan Sokongan Panggilan Video

Diterbitkan pada Mac 2, 2017 oleh .

Beberapa bulan yang lepas, Microsoft telah membuat perubahan dan hadir dengan penawaran baru bagi pengguna Skype di Linux, melalui perisian yang dilabelkan Alpha. Hari ini, ia melangkah setapak ke hadapan, dan beralih ke fasa beta.

Skype 5.0 Beta untuk Linux kini sedia dimuat-turun pengguna Linux, dimana ia menyertakan sejumlah ciri-ciri baru untuk pengguna Linux.

Antara sokongan baru adalah termasuk Skype Credit bagi membolehkan pengguna Linux membuat panggilan ke talian tetap atau mudah-alih melalui klien Skype, selain sokongan panggilan video satu-ke-satu antara pengguna Skype.

Disamping itu, kini ia menyertakan sokongan kolaborasi yang dipertingkatkan, dan penambah-baikkan pada penggunaan dan antaramuka.

Bagi anda yang menggunakan sistem operasi Linux, anda boleh memuat-turun Skype 5.0 Beta untuk Linux hari ini.

Muat-Turun Skype Beta


TIPS & ULASAN