Cari @ Amanz

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, ketagihan kepada media sosial adalah berkadar langsung dengan epidemik kemurungan. Media sosial menjadi medan untuk pengguna menunjuk-nunjuk betapa hebatnya kehidupan mereka. Realitinya kesemua ini palsu dan hanya dimuat naik bagi menggembirakan diri sendiri serta tidak mahu kalah. Tidak mengejutkan kes pengguna media sosial membunuh diri ketika melakukan penstriman kini mula dilaporkan.

Bagi menghalang kejadian seperti ini dari berulang, Facebook melancarkan sistem yang akan mengesan pengguna yang berkeinginan membunuh diri. Sistem ini menggunakan algoritma kecerdasan buatan bagi mengesan pengguna yang menunjukkan kecenderungan untuk membunuh diri.

Integrasi dengan Facebook Live membenarkan penonton untuk melaporkan video insan yang cuba menstrim aksi membunuh diri dengan segera. Pihak Facebook kemudian akan cuba membantu menerusi sistem chat Messenger. Bagi memastikan bantuan yang terbaik diberikan, Facebook bekerjasama dengan tiga pertubuhan yang mempunyai kepakaran menangani percubaan membunuh diri.

Kemurungan bukanlah masalah yang boleh dipandang ringan. Sekiranya anda mengenali teman yang menunjuk tanda-tanda kemurungan dan ingin membunuh diri segeralah membantu. LIKE dan emotikon senyum sahaja tidak mencukupi di dalam situasi begini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd