Pra-Pesan Untuk Blackberry Aurora Dibuka Esok – Blackberry Buatan Indonesia

Pra-Pesan Untuk Blackberry Aurora Dibuka Esok – Blackberry Buatan Indonesia

Diterbitkan pada Mac 2, 2017 oleh .

Indonesia ialah negara yang suatu ketika dahulu mempunyai jumlah pengguna tertinggi di dunia. Kini Android mengusai Indonesia tetapi masih ramai peminat Blackberry di negara jiran nusantara kita ini. Esok pra-pesan untuk Blackberry Aurora dibuka di Indonesia dengan harga jualan Rp 3.499 Juta ( ~RM 1165). Blackberry Aurora ialah nama rasmi untuk Blackberry BBC100-1 yang dihasilkan oleh PT BB Merah Putih.

Aurora dilengkapi skrin 5.5″ HD, pemproses Snapdragon 425, RAM 4 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Kemampuan kamera pula ialah kamera utama 13-Megapixel dan kamera hadapan 8-Megapixel. Tidak diketahui sama ada ia akan dijual di luar Indonesia. Tetapi harus diakui harga jualannya agak mahal bagi peranti dengan pemproses Snapdragon 425.


TIPS & ULASAN