iFlix Kini Menyokong Penstriman Video Pada Resolusi HD

iFlix Kini Menyokong Penstriman Video Pada Resolusi HD

Diterbitkan pada Mac 2, 2017 oleh .

Saiz purata skrin TV di rumah kini adalah sekitar 40″. Majoriti televisyen yang digunakan juga menyokong resolusi HD penuh. Oleh itu kandungan pada resolusi tinggi adalah amat penting bagi mengelakkan video kelihatan pecah apabila ditonton menerusinya.  iFlix hari ini secara rasmi menyokong penstriman video pada resolusi tinggi.

Di Malaysai iFlix menawarkan kandungan pada resolusi 720P 30 FPS dengan sokongan audio Stereo 5.1. Rancangan TV popular seperti Emerald City, Black Sails, Flash dan The X-Files kini sedia distrim pada resolusi ini. Bagi peminat filem pula Avatar dan Titanic adalah antara pilihan yang diberikan. Pihak iFlix akan menawarkan kesemua kandungan sedia dalam resolusi tinggi secara berperingkat. Harga langganan bulanan masih dikekalkan pada harga RM 10 sungguhpun kandungan telah dipertingkatkan,


TIPS & ULASAN