Telefon Daripada Maxis Dikenali Sebagai NeXT M1 – Hadir Dengan 4GB Data, 50 Minit Panggilan

Telefon Daripada Maxis Dikenali Sebagai NeXT M1 – Hadir Dengan 4GB Data, 50 Minit Panggilan

Diterbitkan pada Mac 2, 2017 oleh .

Lanjutan daripada desas-desus beberapa hari lepas, kini nampaknya telefon pintar daripada Maxis adalah sesuatu yang rasmi, dan akan mula ditawarkan daripada 3 Mac 2017 ini.

Dinamakan sebagai NeXT M1, ia hadir dengan sokongan data terbina, dan jaminan Ultimate Care – semuanya pada harga langganan RM78 sebulan. Maxis menawarkan 4GB data dan 50 minit panggilan setiap bulan untuknya. Tiada sebarang harga pendahuluan yang perlu dibayar untuk mendapatkan telefon pintar ini. Pengguna akan tertakluk kepada kontrak 24 bulan dengan mendapatkannya.

Dari segi spesifikasi, Maxis NeXT M1 hadir dengan skrin 5.5-inci pada resolusi HD, menggunakan cip pemprosesan lapan-teras, dan kamera belakang 13-megapixel. Spesifikasi lain untuknya tidak dikongsikan, tetapi Maxis mengatakan mereka menawarkan jaminan 24 bulan untuknya.

Dengan harganya, adakah anda akan mendapatkan telefon pintar daripada Maxis ini?

Layari laman khas peranti Maxis NeXT M1


TIPS & ULASAN