Asus Kini Menawarkan Kemaskini Android 7.0 Nougat Untuk Zenfone 3 Deluxe

Asus Kini Menawarkan Kemaskini Android 7.0 Nougat Untuk Zenfone 3 Deluxe

Diterbitkan pada Mac 2, 2017 oleh .

Asus merupakan salah satu pengeluar peranti dari Asia yang terkenal dengan penawaran telefon pintar Zenfone. Pada tahun lepas, mereka telah hadir dengan keluarga Zenfone 3, dan peranti flagship dibawahnya adalah Zenfone 3 Deluxe.

Kini, bermula minggu ini, pihak Asus telah mula menawarkan kemaskini Android 7.0 Nougat untuk pengguna Zenfone 3 Deluxe.

Asus Zenfone 3 Deluxe

Selain kemaskini versi Android, Asus juga kini membuang sokongan Share Link, tiada lagi fungsi ShakeShake, dan beberapa gambar latar telah dibuang kerana tidak selari dengan sistem operasi baru.

Bagi anda yang menggunakan Zenfone 3 Deluxe, anda boleh menyemak sama ada kemaskini sudah tersedia untuk peranti anda dengan ke halaman Settings > About > System Update.


TIPS & ULASAN