LG Memperlihatkan Prototaip Set Realiti-Maya Steam VR
LG

LG Memperlihatkan Prototaip Set Realiti-Maya Steam VR

Diterbitkan pada Mac 2, 2017 oleh .

Selepas HTC hadir dengan set realiti-maya berasaskan teknologi Steam VR, kini pada acara Game Developers Conference, pihak LG telah pun memperlihatkan set prototaip mereka tersendiri menggunakan teknologi Steam VR.

LG Steam VR

Peranti kedua berasaskan kepada Steam VR ini dilihat menawarkan dua panel skrin OLED – yang mana setiap satunya membawakan resolusi 1440×1280 pixel. Ia dikatakan menawarkan sudut penglihatan 110-darjah dengan kadar segar semula 90Hz.

Kaedah memakainya adalah agak menarik dan berbeza berbanding beberapa set realiti-maya lain – dimana pengguna boleh laraskan ia mendekati wajah dengan mudah.

Kit pembangunan daripada LG akan ditawarkan kepada beberapa rakan kerjasama bermula minggu ini. Apa pun, pihak LG masih tidak berkongsi mengenai bilakah mereka akan memasarkannya atau menawarkan ia secara meluas kepada semua pengguna seluruh dunia.


TIPS & ULASAN