Cari @ Amanz

Pada awal minggu ini, Google telah mengumumkan yang mana Google Assistant bakal hadir untuk telefon menjalankan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow dan terkini. Hari ini, gergasi internet berkenaan mula menawarkan sokongan tersebut secara rasminya.

Melalui Google Assistant, Google menawarkan sokongan pembantu digital maya, membolehkan anda bertanyakan pelbagai perkara – disamping mengingatkan anda berkenaan pelbagai tugasan. Ia sebelum ini terhad kepada peranti Google Pixel, selain turut ditawarkan melalui Google Home.

Dengan pengenalan ini, ia sekaligus membawa persaingan arena pembantu digital maya oleh Google menyaingi pelbagai pesaing lain termasuk Amazon dan lain-lain.

Google memperkenalkan sokongan ini secara berperingkat kepada semua pengguna yang menggunakan bahasa Inggeris – bermula daripada Amerika Syarikat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd