(Ura-Ura) iPhone 2017 Akan Menyokong Pengecasan Pantas Melalui Sambungan Kabel USB-C

(Ura-Ura) iPhone 2017 Akan Menyokong Pengecasan Pantas Melalui Sambungan Kabel USB-C

Diterbitkan pada Mac 3, 2017 oleh .

Beberapa hari lepas, kita telah mendengar mengenai ura-ura mengatakan Apple mungkin akan beralih ke sambungan USB-C. Kini, penganalisa KGI hadir dengan penjelasan lanjut mengatakan sambungan pada iPhone masih akan menggunakan Lightning, tetapi sebaliknya sambungan penghujung kabel akan berasaskan kepada USB-C.

Laporan baru ini lebih masuk akal berbanding sebelumnya, apatah lagi dengan Apple sendiri telah mula membuang sambungan USB-A pada komputer mereka. Dengan peralihan ini akan membolehkan pengguna menghubungkan kabel USB-C baru pada komputer, dan seterusnya kekal menggunakan sambungan Lightning pada telefon iPhone – termasuk pelbagai aksesori berasaskan Ligthning.

Dengan penggunaan USB-C juga, ia dijangka akan membolehkan lebih banyak tenaga dialihkan, sekaligus menawarkan sokongan pengecasan pantas untuk iPhone. Kesemua model 2017 dijangka akan menawarkan sokongan pengecasan pantas.


TIPS & ULASAN