ASUS Bakal Mengumumkan Dua Model Kad Grafik GTX 1080 Ti – GTX 1080 Ti Turbo Dan ROG STRIX

ASUS Bakal Mengumumkan Dua Model Kad Grafik GTX 1080 Ti – GTX 1080 Ti Turbo Dan ROG STRIX

Diterbitkan pada Mac 3, 2017 oleh .

NVIDIA baru sahaja mengumumkan kehadiran kad grafik terpantas mereka: NVIDIA GTX 1080 Ti, dan kini nampaknya sudah ada syarikat yang sedang dalam proses untuk melancarkan kad grafik tersebut dengan penyejuk buatan sendiri.

Melalui Twitter, ia dilihat Asus akan hadir dengan dua kad grafik terbaru mereka berasaskan GTX 1080 Ti, iaitu ASUS GTX 1080 Ti Turbo Dan ASUS GTX 1080 Ti ROG STRIX.

Asus GeForce 1080 Ti

Model GTX 1080 Ti Turbo ini dilihat menggunakan penyejuk vacuum chamber sama yang digunakan oleh kad grafik rujukan NVIDIA, dan ada kemungkinan juga kad ini akan mempunyai spesifikasi yang sama, ataupun hampir sama dengan kad rujukan tersebut.

Kad GTX 1080 Ti ROG STRIX pula model pilihan jika anda ingin sesuatu yang benar-benar berkuasa. Ia bakal hadir dengan penyejuk DirectCU III yang baru, dan juga lampu LED RGB yang disertai sokongan ASUS Aura Sync, membolehkan anda menyegerakkan lampu-lampu pada kad grafik, papan induk dan LED-LED lain melalui satu perisian yang sama

Buat masa sekarang, maklumat terperinci sepertiĀ clock speed dan sebagainya masih belum diketahui. Harga jualan dan penawaran untuk pasaran tempatan juga masih menjadi tanda tanya buat masa ini.


TIPS & ULASAN