Spotify Kini Mempunyai 50 Juta Pelanggan Berbayar

Spotify Kini Mempunyai 50 Juta Pelanggan Berbayar

Diterbitkan pada Mac 3, 2017 oleh .

Spotify merupakan salah satu perkhidmatan penstriman muzik yang popular di seluruh dunia – termasuk Malaysia. Ia menawarkan katalog lagu yang besar, selain turut bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi dalam beberapa penawaran dan kemudahan bayaran.

Terkini, hari ini Spotify secara rasminya mengumumkan yang mana mereka mempunyai 50 juta pelanggan berbayar. Ini meletakkan mereka dihadapan pesaing terdekat mereka, Apple Music dengan 20 juta pelanggan berbayar.

Jikalau melihat kepada angka pengguna keseluruhan, Spotify mempunyai lebih daripada 100 juta pengguna. Dengan angka baru ini, semestinya ia akan mengembirakan bukan sahaja pelabur, tetapi juga artis dan syarikat rakaman dalam memasarkan lagu melalui platform berkenaan.

Selain daripada itu, Spotify juga diperkatakan bakal hadir dengan sokongan audio berkualiti tinggi Spotify Hi-Fi tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN