Carian
Aplikasi Prisma Dikemaskini Dengan Stor Memuat Turun Penuras
March 3, 2017 Effi Saharudin

Penggunaan rangkaian neural untuk melakukan suntingan gambar ialah faktor menarik di sebalik aplikasi Prisma. Setiap gambar yang disunting kelihatan seperti hasil seni yang boleh diletakkan di dinding rumah. Dengan kemaskini terbaru, Prisma kini memberikan fungsi muat turun penuras baru.

Fungsi stor penuras membolehkan pengguna memuat turun penuras dengan pelbagai kesan khas yang sebelum ini agak terhad. Kesemua penuras tambahan boleh dimuat turun secara percuma.

Pihak Prisma juga mengumumkan di masa hadapan pengguna boleh mencipta penuras mereka sendiri dan memuatnaik rekaan mereka untuk digunakan pengguna lain. Ini dilakukan menerusi aplikasi web mereka sendiri. Bagi yang merasakan 44 penuras sedia ada tidak mencukupi, fungsi stor penuras kini boleh digunakan.

Komen