Filem Adaptasi Sleeping Dogs Bakal Dihasilkan Dan Dibintangi Donnie Yen

Filem Adaptasi Sleeping Dogs Bakal Dihasilkan Dan Dibintangi Donnie Yen

Diterbitkan pada Mac 3, 2017 oleh .

Harapan peminat Sleeping Dogs untuk melihat sambungan kepada permainan kegemaran mereka ini terkubur dengan penutupan studio United Front. Permainan dunia terbuka ala GTA ini unik kerana membenarkan pengguna menjadi seorang polis di Hong Kong. Sambungan permainan mungkin sudah berkubur tetapi filem adaptasi baru sahaja diumumkan dan dibintangi Donnie Yen.

Filem adaptasi ini bakal diterbitkan oleh Original Film yang dimiliki Neal Moritz yang juga merupakan penerbit filem The Fate of The Furious. Filem Sleeping Dogs masih di dalam peringkat awal tetapi dipercayai akan mengekalkan jalan cerita pegawai polis Wei Shen yang cuba menjatuhkan kongsi gelap Sun On Yee.

Memandangkan usia Donnie Yen yang agak lanjut, kebarangkalian beliau melakonkan watak Wei Shen adalah agak rendah. Tidak diketahui sama ada Will Yun Lee, Tom Wilkinson dan Emma Stone akan kembali untuk melakonkan watak yang disuarakan mereka di dalam permainan asal.


TIPS & ULASAN