Sony Xperia XZ Premium Dinobatkan Sebagai Peranti Terbaik MWC 2017

Sony Xperia XZ Premium Dinobatkan Sebagai Peranti Terbaik MWC 2017

Diterbitkan pada Mac 3, 2017 oleh .

Dengan skrin beresolusi 4K dan kemampuan merakam video pada tetapan 960 FPS, Sony Xperia XZ Premium ialah peranti yang unik apabila dibandingkan dengan pesaing. Kerenan keunikan ini ia dinobatkan sebagai peranti baru terbaik di MWC 2017. Ia berjaya mengalahkan LG G6 dan Huawei P10, dua peranti utama yang turut disertakan dengan beberapa fungsi menarik.

Sony Xperia XZ

Xperia XZ Premium menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan 4K HDR, dijana menggunakan cip Snapdragon 835, memori sehingga 4GB RAM, ruangan storan 64GB, dan dilengkapi bateri berkapasiti 3230mAh.

Ia menggunakan kamera belakang 19-megapixel Exmor RS dengan keupayaan rakaman gerak-perlahan 960fps, dan juga rakaman video 4K. Untuk kamera hadapan, ia kini menggunakan kamera 13-megapixel. Dengan kemenangan ini mungkin Sony Xperia dapat bangun semula sebagai jenama yang disegani.


TIPS & ULASAN