Cari @ Amanz

Seperti yang kami laporkan semalam Maxis akan melancarkan peranti pintar jenama mereka sendiri Maxis NeXT M1 hari ini. Spesifikasi peranti ini akhirnya diperlihatkan oleh pihak Maxis dan ia adalah sebuah peranti Android Marshmallow kelas permulaan.

NeXT M1 dilengkapi skrin 5.5″ HD penuh IPS LCD, pemproses MediaTek Helio P10, RAM sebesar 2 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte. Sokonga kad MikroSD sehingga 32 Gigabyte disertakan. Kemampuan kamera utama ialah 13-Megapixel manakala kamera hadapan pula sebesar 5-Megapixel. Sebuah bateri berkapasiti 2960 mAh digunakan dan tidak boleh ditanggalkan. Peranti ini hanya ditawarkan dalam satu warna sahaja ialah kelabu gelap.

Peranti ini boleh dimiliki dengan mengikat kontrak selama 24 bulan dengan bayaran bulanan RM 78. Pelanggan akan turut menerima kuota data 4 Gigabyte sebulan serta panggilan percuma selama 50 minit. Sekiranya berlaku kerosakan, Maxis akan menggantikan peranti satu dengan satu sepanjang tempoh 24 bulan pertama kontrak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd