Cari @ Amanz

SNS Network sebelum ini telah hadir dengan beberapa peranti dibawah jenama JOI. Terkini, mereka telah melancarkan JOI 11, sebuah peranti dua-dalam-satu berasaskan Windows 10.

JOI 11 hadir dengan skrin bersaiz 10.8-inci pada resolusi HD penuh 1920×1280 pixel, dilengkapi cip pemprosesan Intel Atom X5-Z8350, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Seperti kebanyakkan peranti baru, JOI 11 turut hadir dengan port USB-C, selain menyertakan sokongan mikro-HDMI.

JOI 11

JOI 11 boleh digunakan sebagai tablet biasa, dan pada masa yang sama boleh dipasang kepada papan kekunci melalui penyambung magnetik.

SNS Network mengatakan bateri terbina padanya mampu menawarkan masa penggunaan antara 6-8 jam lamanya.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan JOI 11 ini pada harga RM899.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd