Cari @ Amanz

Beberapa hari lalu, banyak laman-laman web terbesar di Internet mengalami kegagalan untuk berfungsi. Tidak lama kemudian, ia dapat diketahui bahawa punca kegagalan ini adalah kerana sistem Amazon Web Services, yang menampung laman-laman web ini mengalami kegagalan sistem mereka sendiri.

Menurut Jeff Bezos, beberapa server AWS S3 mengalami masalah lembap, dan oleh itu, salah seorang jurutera mereka cuba membaikinya dengan menurunkan beberapa server billing. Di situlah masalah Amazon bermula. Prosedur yang sepatutnya menjadi kerja rutin menjadi mimpi ngeri apabila jurutera tersebut tersalah memasukkan input, dan ini menyebabkan sebahagian besar daripada kelompok-kelompok server AWS S3 tergendala.

Bezos kemudiannya menerangkan walaupun pembetulan untuk menaikkan server ini tidak begitu rumit, banyak server tersebut telah berfungsi untuk bertahun-tahun tanpa perlu dihidupkan semula, dan oleh itu, pemeriksaan integriti data mengambil masa yang agak lama.

Bagi anda yang biasa dengan pengaturcaraan program, anda pasti tahu bahawa kesalahan ejaan ini boleh mendatangkan 1001 masalah dan kadang-kala mencari kesalahan ini boleh mengambil masa yang agak lama, Cuma apa yang berlaku kepada jurutera Amazon tersebut mungkin seribu kali ganda lebih serius kerana ia menjejaskan beratus-ratus laman web yang besar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd