System76 Bakal Menawarkan Laptop Premium Berasaskan Linux – Galago Pro

System76 Bakal Menawarkan Laptop Premium Berasaskan Linux – Galago Pro

Diterbitkan pada Mac 4, 2017 oleh .

Pada hari ini, komputer riba berasaskan kepada Linux adalah tidak begitu banyak di pasaran. Terdapat daripada Dell, selain salah satu pengeluar popular System76. Terkini, System76 turut memperlihatkan komputer riba terbaru mereka yang bakal dipasarkan tidak lama lagi dinamakan Galago Pro.

Galago Pro hadir dengan skrin bersaiz 13.3-inci dengan paparan HiDPI, selain dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Kaby Lake terkini dan memori sehingga 32GB RAM. Info teknikal sepenuhnya masih tidak dikongsikan lagi oleh pihak System76 buat masa ini, dan melalui laman mereka, System76 sekadar membuka pendaftaran minat untuk mengetahui maklumat pra-tempahan sahaja.

Dari segi rekaan, System76 mengatakan ia bakal menawarkan rekaan yang nipis dan ringan, selain turut menggunakan papan kekunci dengan backlit.

System76 dijangka berkongsi lanjut mengenai komputer riba ini seawal bulan April kelak.


TIPS & ULASAN