Cari @ Amanz

Bitcoin pada minggu ini memperlihatkan peningkatan tinggi – malah harga untuk nilai mata-wang maya ini didagangkan pada harga melangkaui $1292.71 satu unit – lebih tinggi berbanding emas yang hanya didagangkan pada harga $1226.89 untuk satu auns.

Peningkatan nilai Bitcoin ini dikatakan disebabkan oleh had mata-wang yang lebih ketat di beberapa buah negara, termasuk China, India dan Venezuela – termasuk beberapa spekulasi dibawah pentadbiran Trump di Amerika Syarikat.

Walaubagaimanapun, Bitcoin masih mempunyai perjalanan yang jauh dalam menjadi salah satu nilai mata-wang yang digunakan secara meluas – apatah lagi dengan nilainya yang tidak begitu stabil.

Selain daripada itu, pelbagai negara masih tidak menerimanya lagi. Bank Negara Malaysia sendiri telah mengumumkan mereka tidak iktiraf Bitcoin di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd