Twitter Akan Menyiarkan Pelbagai Perlawanan E-Sukan Melalui Platform Mereka

Diterbitkan pada Mac 4, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Twitter sedia menjadi salah satu platform yang digunakan ramai atlet esukan untuk berkongsi kemaskini, disamping beberapa jenama besar. Terkini, Twitter mengumumkan kerjasama dengan beberapa penganjur e-sukan, dan akan menggunakan platform mereka dalam menyiarkannya secara langsung.

Sepanjang tahun ini, sekitar lebih 15 pertandingan dijangka akan disiarkan melalui Twitter, termasuk ESL One, DreamHack, dan juga Intel Extreme Masters.

Disamping itu, beberapa kandungan eksklusif turut dijangka ditawarkan, termasuk ESL One dengan rancangan 30 minit yang meliputi beberapa berita sebalik tabir dan sebagainya.

Langkah ini mungkin akan menarik lebih ramai peminat e-sukan dalam menggunakan Twitter, selain mungkin membuka kepada pelbagai acara lain turut menggunakan Twitter sebagai platform penyiar rasmi.

Layari : Twitter ESL One

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami