Dron MQ-1 Predator Akan Dibersarakan Tentera Udara Amerika Syarikat Tahun Hadapan
Artikel Berkaitan

Dron MQ-1 Predator Akan Dibersarakan Tentera Udara Amerika Syarikat Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Mac 4, 2017 oleh .

Di dalam dunia ketenteraan, dron Genaral Atomics MQ-1 Predator mungkin yang paling dikenali orang ramai. Ia muncul di dalam banyak filem popular Transformers dan juga siri permainan komputer COD Modern Warfare. Dron ini telah beroperasi sejak 1995 dan ia akhirnya akan dibersarakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat pada tahun 2018.

MQ-1 Predator dibersarakan kerana tidak lagi memenuhi keperluan misi. Dron Predator akan digantikan dengan dron MQ-9 Reaper yang lebih berkuasa dan mampu membawa senjata seberat 1800 kilogram. MQ-1 hanya mampu membawa senjata seberat 90 kilogram ke medan operasi. Selain daripada itu jarak maksimum penerbangan Reaper yang jauh lebih lama menjadikan Predator tidak lagi sesuai untuk kegunaan semasa.

Sejak beroperasi hampir 22 tahun yang lalu, Predator terlibat di dalam misi di Somalia, Yaman, Bosnia, Iraq, Aghanistan, Pakistan, Libya dan Filipina. Dengan persaraannya oleh Amerika Syarikat, hanya tinggal tentera Turki, Maghribi dan Itali masih lagi mengendalikan dron ini.


TIPS & ULASAN