Cari @ Amanz

Samsung Galaxy C9 Pro akan mula dijual di Malaysia pada harga RM2299. Peranti dengan pemproses Snapdragon 653 ini turut dilengkapi kamera hadapan serta utama sebesar 16-Megapixel. Samsung Malaysia nampaknya mengadakan promosi khas dimana pengguna boleh membeli C9 Pro kedua mereka dengan potongan harga 20%.

Promosi atas pra-pesan talian ini boleh dilakukan menerusi laman Lazada dan 11Street dari 6 hingga 8 Mac ini. Ini bermakna peranti kedua boleh dimiliki pada harga RM 1839 sebuah. Untuk terma dan syarat promosi yang lengkap sila lawati pautan di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd