Maybank Dalam Persediaan Untuk Melancarkan Maybank2U Pay Untuk Web

Maybank Dalam Persediaan Untuk Melancarkan Maybank2U Pay Untuk Web

Diterbitkan pada Mac 4, 2017 oleh .

Ingatkah lagi dengan Maybank2U Pay yang telah diperkenalkan untuk pemilik blogshop sekitar 2013 yang lepas. Kini, Maybank dalam proses memberikan nafas baru untuk perkhidmatan berkenaan, dan dijangka melancarkannya secara rasmi sekitar minggu hadapan.

Maybank2U Pay

Melalui Maybank2U Pay yang baru, pihak Maybank ingin memudahkan pemilik laman web jualan untuk menerima bayaran dengan mudah terus daripada laman web mereka. Untuk tujuan berkenaan, pihak Maybank menyediakan SDK untuk membolehkan pembangun mengintegrasikan sokongan bayaran terus ke laman web mereka. Maybank menyediakan sokongan SDK untuk Java, JavaScript dan juga PHP buat masa ini.

Maybank mengatakan semua syarikat boleh menggunakan Maybank2U Pay ini – dan berbeza dengan sebelum ini yang terhad kepada syarikat persendirian atau blogshop sahaja.

Perubahan ini semestinya akan diminati pelbagai syarikat e-dagang – apatah lagi boleh mengurangkan kos yang terlibat dalam penerimaan bayaran melalui platform-platform penerimaan bayaran yang lain. Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai Maybank2U Pay untuk Web ini selepas pengumuman rasminya. Sementara itu, anda boleh menyemak laman Maybank2U Pay hari ini, termasuk mencuba SDK yang disediakan oleh mereka untuk pembangun.

Layari : Maybank2U Pay

Layari : Maybank2U Pay SDK


TIPS & ULASAN