Cari @ Amanz

Pada hari ini, terdapat pelbagai laman yang menawarkan tutorial dan kursus pengaturcaraan percuma. Ia mungkin kadang-kala menyukarkan anda untuk merujuk pelbagai laman untuk mencari sesuatu tutorial khusus. Untuk mengatasinya, salah satu laman yang ingin memudahkan pencarian koleksi tutorial adalah Hackr.io.

Melalui laman ini, ia beroperasi sebagai sebuah enjin carian untuk menemui tutorial dan kursus pengaturcaraan dengan mudah.

Hackr.io

Walaubagaimanapun, ia bukanlah beroperasi secara automatik dengan menyemak laman-laman di arena internet seumpama Google. Tetapi, sebaliknya ia beroperasi berasaskan kepada input pengguna sendiri. Anda boleh mendaftarkan akaun, dan menghantar tutorial untuk disenaraikan. Selain daripada itu, anda boleh mengundi naik sesuatu tutorial, dan ia akan diposisikan pada bahagian lebih atas pada laman berkenaan.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Hackr.io hari ini, dan mencari sebarang tutorial berasaskan bahasa pengaturcaraan yang diminati anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd