Cari @ Amanz

Microsoft sebelum ini pernah berkongsi mengenai usaha mereka dalam mengurangkan saiz muat-turun untuk setiap kemaskini, dan kini mereka telah mula mengimplementasikannya bermula daripada versi Windows Insider terkini.

Melalui perubahan baru ini, berbeza dengan kebiasaan yang memuat-turun sesuatu versi secara sepenuhnya, melalui versi terbaru, Microsoft hanya akan memuat-turun fail-fail yang mengalami perbezaan sahaja. Usaha ini secara tidak langsung mengurangkan saiz fail yang perlu dimuat-turun sepenuhnya.

Menurut Microsoft, pengguna Windows Insider akan dapat melihat perubahan bermula hari ini, sebaliknya untuk pengguna umum, anda akan dapat melihat pengurangan saiz sehingga 35% apabila memuat-turun Windows 10 Creators Update tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd