Yotaphone 3 Dikatakan Masih Lagi Dalam Pembangunan

Yotaphone 3 Dikatakan Masih Lagi Dalam Pembangunan

Diterbitkan pada Mac 5, 2017 oleh .

Yotaphone merupakan salah satu telefon pintar yang mempopularkan penggunaan dwi-skrin di depan dan belakang. Kini, beberapa peranti hadir dengan konsep serupa, termasuk yang terkini adalah HiSense.

Yotaphone kali terakhir hadir dengan Yotaphone 2, selain turut telah memperluaskan penawaran produk mereka untuk pasaran Malaysia. Walaubagaimanapun, sejak setahun dua yang lepas, kita kurang mendengar perkembangan syarikat berkenaan.

Terkini, melalui balasan komen pengguna di Instagram, pihak Yotaphone mengatakan versi ketiga telefon pintar mereka, atau turut dipanggil Yotaphone 3 masih dalam pembangunan. Tiada sebarang tarikh diberikan berkaitan bilakah ia bakal dilancarkan.

Sebelum ini, ia disasarkan untuk pelancaran pada awal 2016, tetapi perkara berkenaan tidak direalisasikan. Mungkinkah kita akan melihat kemaskini peranti berkenaan hadir pada tahun ini atau 2018 kelak?


TIPS & ULASAN