Facebook Menguji Butang Reaksi Pada Messenger – Termasuk Emoji “Dislike”

Facebook Menguji Butang Reaksi Pada Messenger – Termasuk Emoji “Dislike”

Diterbitkan pada Mac 5, 2017 oleh .

Facebook sebelum ini telah memperkenalkan emoji reaksi pada NewsFeed, membuatkan anda boleh menghantar reaksi berbeza dan tidak terhad kepada “Like” sahaja seperti beberapa tahun lepas. Kini, selain pada NewsFeed, pihak Facebook turut sedang menguji fungsi reaksi pada Messenger.

Daripada ujian yang dilakukan pada Messenger, sebanyak enam jenis emoji diuji – iaitu lima emoji seperti terdapat pada NewsFeed, dan penambahan sebuah emoji “dislike”.

Messenger Reaksi

Melalui fungsi reaksi ini, pengguna boleh menambah reaksi dalam bentuk emoji kepada sesuatu mesej yang diterima mereka. Ia mungkin sangat berguna dalam perbincangan berkumpulan – sebagai contoh sekiranya ingin ajak rakan lepak di kedai – atau memilih sesuatu kedai makan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Facebook akan memperkenalkannya secara rasmi kepada semua pengguna seluruh dunia. 


TIPS & ULASAN