Aplikasi Ini Ingin Memudahkan Pengajaran Asmaul-Husna Kepada Anak-Anak Anda

Aplikasi Ini Ingin Memudahkan Pengajaran Asmaul-Husna Kepada Anak-Anak Anda

Diterbitkan pada Mac 6, 2017 oleh .

Asmaul Husna merupakan nama-nama Allah yang baik, dan sering diajarkan kepada anak-anak di rumah mahupun di sekolah. Kini, dalam proses ingin memudahkannya, salah satu aplikasi yang ditawarkan oleh pembangun tempatan adalah Remember Asma’Ul-Husna.

Dibangunkan oleh Cool Code yang pernah hadir dengan aplikasi berbentuk pembelajaran sebelum ini, melalui Remember Asma’Ul-Husna, ia menawarkan kaedah pembelajaran dalam bentuk kad – dimana ia memaparkan nama Allah berserta maksudnya. Pengguna boleh memilih ingin memaparkan maksud dalam bahasa Inggeris ataupun bahasa Malaysia.

Remember Asma' Ul Husna

Remember Asma' Ul Husna

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma kepada pengguna Android dan iOS, tetapi seperti biasa hadir dengan sokongan iklan dan pembelian dalam-aplikasi. Ia turut hadir dengan permainan mini – tetapi memerlukan pengguna membuat pembelian dalam-aplikasi untuk mencubanya.

Muat-Turun Remember Asma’Ul-Husna untuk Android

Muat-Turun Remember Asma’Ul-Husna untuk iOS


TIPS & ULASAN