Samsung Level Box Slim Kini Di Malaysia Pada Harga RM499

Samsung Level Box Slim Kini Di Malaysia Pada Harga RM499

Diterbitkan pada Mac 6, 2017 oleh .

Samsung mempunyai beberapa penawaran produk audio dibawah keluarga Level, dan terkini, Samsung Malaysia telah mula menawarkan pemain audio bersaiz kompak mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Samsung Level Box Slim.

Level Box Slim dilihat diposisikan sebagai speaker mudah-alih dan boleh dibawa kemana-mana, terutamanya sebagai peneman anda ketika pergi bercuti atau keluar.

Samsung Level Box Slim

Level Box Slim hadir dengan sokongan audio 8W, dan dilengkapi kebolehan speakerphone. Disamping itu, ia turut menyertakan sokongan kalis air – memudahkan anda membawanya kemana-mana tanpa masalah, termasuk ketika berkhemah dan sebagainya.

Dengan fokus untuk membawa ia kemana-mana, pengguna turut boleh menggunakan ia sebagai power bank, dan mengecas peranti anda sekiranya kekurangan bateri.

Di Malaysia, Samsung Level Box Slim sudah mula dijual, dan berharga RM499.


TIPS & ULASAN