Brydge 12.3 – Papan Kekunci Fizikal Logam Untuk Surface Pro 4 Dan 3
Artikel Berkaitan

Brydge 12.3 – Papan Kekunci Fizikal Logam Untuk Surface Pro 4 Dan 3

Diterbitkan pada Mac 6, 2017 oleh .

Microsft Surface Pro ialah tablet yang mengubah landskap komputer mudah alih. Rekaannya kemudian digunakan oleh pengeluar komputer riba lain kerana kompak dan mudah dibawa kemana-mana. Kami pernah mengulas beberapa model Surface sebelum ini dan kelemahan paling nyata terletak pada papan kekunci Surface Keyboard yang terlalu lembut. Menaip menggunakannya terasa kurang memuaskan kerana ia mudah melengkung.

Brydge 12.3 ialah aksesori papan kekunci fizikal pihak ketiga yang cuba menyelesaikan masalah ini. Ini diperbuat sepenuhnya dari aluminium dan memberikan set papan kekunci fizikal yang menghampiri yang digunakan pada Surface Book. Papan kekunci Brydge 12.3 menyokong sistem lampu dan terdapat sebuah trackpad terbina. Terdapat sebuah lagi model dengan storan tambahan 128 Gigabyte SSD. Papan kekunci Brydge 12.3 ini dijual pada harga bermula $139.99 (~RM 623) sebuah.


TIPS & ULASAN