HP Chromebook x360 11 G1 Education Edition Diumumkan
HP

HP Chromebook x360 11 G1 Education Edition Diumumkan

Diterbitkan pada Mac 6, 2017 oleh .

Sebuah lagi model komputer Chromebook diumumkan oleh Google hujung minggu yang lalu. HP Chromebook x360 11 G1 Education Edition ialah sebuah chromebook yang mempunyai skrin lipat 360 darjah bagi mengubahnya menjadi sebuah tablet. Ia turut dilengkapi dengan stylus dan skrin sesentuh sepenuhnya.

HP Chromebook x360 11 G1 Education Edition akan mula dijual April hadapan tetapi tiada maklumat mengenai harga dan spesifikasi. Kemungkinan besar ia adalah sama seperti komputer riba Windows 10 HP ProBook x360 11 G1 Education Edition yang dihasilkan oleh mereka sebelum ini. Versi ini dilengkapi skrin 11.6″, pemproses Intel Celeron N3350/Pentium N4200 processor, RAM sebesar 8GB DDR3 RAM dan storan 128 Gigabyte.


TIPS & ULASAN