Asus ROG GR8 II, Desktop Pada Saiz Konsol kini Di Malaysia – Berharga RM5499

Asus ROG GR8 II, Desktop Pada Saiz Konsol kini Di Malaysia – Berharga RM5499

Diterbitkan pada Mac 6, 2017 oleh .

Asus Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran komputer desktop terbaru mereka, iaitu ASUS Republic of Gamers GR8 II. Desktop ini dipasarkan sebagai desktop permainan bersaiz paling kecil, dengan rekaan seumpama konsol.

ASUS Republic of Gamers GR8 II

Asus melengkapkan ia dengan pelbagai spesifikasi terkini, termasum menggunakan cip Intel Core i7 generasi ketujuh, dan juga kad grafik ASUS GeForce GTX 1060. Dengan penggunaannya, komputer desktop ini turut dioptimasikan untuk kandungan realiti-maya.

Komputer bersaiz kompak ini hadir dengan sokongan memori sehingga 32GB RAM, storan 512GB SSD dan 1TB HDD. Disamping itu ia turut dilengkapi pelbagai port utama, termasuk HDMI 2.0, USB 3.0, DisplayPort, bicu audio, dan sebagainya.

Pihak Asus menawarkan ia pada harga jualan RM5499 di Malaysia. Walaubagaimanapun, untuk hari ini sehingga 12 Mac 2017 ini, Asus menawarkan ia pada harga promosi pra-tempahan, iaitu RM4999.


TIPS & ULASAN