Cari @ Amanz

Xiaomi terkenal sebagai syarikat yang menghasilkan peranti Android mampu milik. Tetapi di China mereka menjual pelbagai produk seperti televisyen, komputer riba, pemutar skru, penapis air dan router. Di China mereka melancarkan sebuah lagi produk baru iaitu radio dua hala Mi Walkie Talkie.

Radio dua hala ini hadir dalam warna hitam dan putih dengan jarak capaian maksimum 10 kilometer. Bateri 2600 mAh yang disertakan mampu memberikan tempoh penggunaan sehingga 8 hari dengan sekali caj. Xiaomi Mi Walkie Talkie dijual pada harga RMB 249 (~RM 161) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd