Huawei Menjawab Pertanyaan Mengenai P10 – Ciri Kalis Air Dan Sokongan Kamera

Huawei Menjawab Pertanyaan Mengenai P10 – Ciri Kalis Air Dan Sokongan Kamera

Diterbitkan pada Mac 6, 2017 oleh .

Huawei pada minggu lepas telah melancarkan Huawei P10 dan Huawei P10 Plus secara rasminya. Seperti biasa, lanjutan daripada pelancaran, kami telah berpeluang berjumpa dengan Clement Wong (Pengarah Pemasaran Produk Global) daripada Huawei, dan mendapatkan jawapan untuk beberapa pertanyaan yang menjadi persoalan ramai.

Huawei P10

Apakah Kualiti Kalis Air Yang Digunakan Pada Huawei P10?
Huawei P10 menggunakan nano-coating untuk membolehkan ia kalis renjisan air. Tiada sebarang piawaian IPxx yang digunakan pada Huawei P10.

Mengapa tidak melakukannya seperti pengeluar lain yang menyertakan penggunaan piawaian tersendiri?
Kami berusaha menerapkan rekaan yang kompak dan cantik, dan perkara ini membuatkan kami tidak boleh menyertakan beberapa perubahan yang perlu dilakukan untuk memastikan ia menerima piawaan berkenaan. Walaubagaimanapun, pengguna boleh menggunakan peranti ini tanpa masalah ketika hujan dan sebagainya – asalkan ia tidak terendam dalam air untuk tempoh yang lama.

Jikalau begitu, bagaimana dengan sokongan jaminan kerosakkan disebabkan oleh air?
Untuk perkara ini, perlu bergantung kepada sokongan jaminan mengikut negara masing-masing yang mungkin sedikit berbeza. Ia mungkin akan dikongsikan lanjut ketika pelancaran peranti ini di negara masing-masing.

Huawei P10

Bagaimana dengan sokongan kamera pula pada Huawei P10?
Pada Huawei P10, kami telah memperluaskan kerjasama bersama pihak Leica, dan turut mengimplementasikan kepakaran teknologi lensa mereka pada kamera hadapan. Disamping itu, kami juga telah terus menambah baik sokongan kamera belakang dan menggunakan lensa Summilux.

Daripada pengamatan, mengapa Huawei P10 menggunakan lensa Summarit dan bukannya Summilux seperti P10 Plus?
Perkara ini dilakukan dalam usaha memastikan kos penjualan Huawei P10 adalah rendah dan mampu dimiliki oleh majoriti besar pengguna.

Di Malaysia, Huawei bakal mengadakan perkongsian mengenai Huawei P10 dan Huawei P10 Plus ini pada minggu ini. Mungkin kita akan dapat mendengar jawapan lanjut untuk beberapa persoalan lain – termasuk berkenaan dengan harga dan tarikh jualannya di Malaysia.


Jawapan dan soalan telah diubah struktur tanpa mengubah maksud jawapan yang ingin disampaikan.


TIPS & ULASAN