Cari @ Amanz

Perkembangan arena teknologi dan sains turut membuka kepada dimensi baru dalam eksplorasi angkasa. Selain pelbagai misi ke planet Marikh, kini dilihat perancangan untuk manusia kembali ke bulan turut dilakukan.

Menariknya, bukan sahaja SpaceX yang dimiliki Elon Musk dalam perancangan ke bulan, tetapi juga Blue Origin yang dimilik oleh pengasas Amazon, Jeff Bezos.

Terkini, menurut laporan Washington Post, Blue Origin merancang untuk membuat penghantaran barangan kargo dari Bumi ke Bulan melalui kapal angkasa mereka.

Dengan penghantaran barangan ini, ia secara tidak langsung akan membolehkan pembukaan koloni manusia di Bulan, selain membawa pelbagai peralatan penting ke satelit semulajadi tersebut.

Buat masa ini, perancangan Blue Origin masih pada peringkat awal dan mereka ingin mendapatkan sokongan daripada NASA untuk tujuan berkenaan.

Selain daripada Blue Origin, SpaceX turut ingin membawa manusia ke angkasa, dan merancang membawa dua individu untuk misi mengelilingi bulan sebagai pelancong.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd