Cari @ Amanz

Teknologi peranti berhubung menjanjikan dunia dimana kesemua produk di rumah menjadi pintar. Lampu tidur, pendingin  hawa, televisyen dan katil pintar kesemuanya boleh dikawal melalui peranti pintar. Kini wujud pula kasut pintar Pie Tops, yang boleh memesan pizza dengan hanya menekan lidah kasut.

Kasut bola keranjang Pie Tops ini dihasilkan oleh Pizza Hut untuk mempromosikan pesanan Pizza secara atas talian sepanjang kejohanan bola keranjang peringkat universiti March Madness, Sebanyak 64 Pie Tops dihasilkan oleh Shoe Surgeon bagi mewakili 64 pasukan di dalam March Madness. Kesemua kasut ini akan diberikan secara percuma kepada selebriti dan juga pelanggan setia Pizza Hut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd