Perkhidmatan Ambulans Seumpama Uber Di Tanzania Menyelamatkan Ibu Mengandung

Perkhidmatan Ambulans Seumpama Uber Di Tanzania Menyelamatkan Ibu Mengandung

Diterbitkan pada Mac 6, 2017 oleh .

Perkhidmatan perkongsian kenderaan seperti Uber, Grab dan Dego Ride mengubah dunia pengangkutan awam yang selama ini dimonopoli oleh pihak teksi. Mereka menawarkan perkhidmatan yang lebih baik tetapi pada harga yang lebih murah. Di utara Tanzania mereka mempunyai masalah kekurangan ambulans. Terdapat hanya 13 ambulans wujud untuk memberikan perkhidmatan kepada 2 Juta penduduk. Oleh itu perkhidmatan seakan Uber versi ambulans ditawarkan.

Melalui perkhidmatan ini seramai 132 pemandu menawarkan perkhidmatan memandu pesakit ke hospital. Perkhidmatan ini percuma dan dibiayai oleh Vodafone Foundation dan USAIDS. Pemandu perkhidmatan ambulans ini kemudian menerima bayaran serta merta dari kedua-dua badan ini menerusi sistem M-Pesa terus ke telefon mudah alih mereka. M-Pesa ialah sistem perbankan telefon mudah alih yang popular di Tanzania.

Melalui perkhidmatan ini pihak Vodafone Foundation dan USAID berharap dapat menyelamatkan nyawa 2700 wanita setiap tahun yang gagal mendapatkan rawatan di hospital akibat masalah ketika hamil.


TIPS & ULASAN