Protruly Darling – Telefon Pintar Pertama Dengan Kamera 360 Darjah Terbina

Protruly Darling – Telefon Pintar Pertama Dengan Kamera 360 Darjah Terbina

Diterbitkan pada Mac 6, 2017 oleh .

Tahun lalu penggunaan dwi-kamera mula menjadi kebiasaan pada peranti-peranti utama. Di dalam kes Huawei, ia telah digunakan pada peranti kelas pertengahan mereka sejak dua tahun yang lalu. Di China syarikat Protruly menghasilkan peranti dengan sistem kamera 360 darjah pertama di dunia iaitu Darling.

Darling dilengkapi kamera mata-ikan 36o darjah pada bahagian atas peranti yang menggunakan dua sensor 13-Megapixel. Selain daripada itu turut dilengkapi kamera biasa sebesar 13-Megapixel f/2.0 pada bahagian belakang dan kamera hadapan 8-Megapixel f/2.4.

Spesifikasi lain peranti yang cukup unik ini ialah skrin 5.5″ HD penuh AMOLED, pemproses MediaTek Helio X20, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 64 Gigabyte. Sebuah bateri sebesar 3560 mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas menerusi port USB-C. Akhir sekali sistem operasi yang digunakan pula ialah Android Marshmallow.

Dua model Darling dihasilkan. Model biasa dan model yang disadur emas serta ditatah empat butir permata. Harga jualan Darling dilaporkan RMB 3980 (~RM 2568) untuk versi biasa dan RMB 8800 (~RM 5678) untuk versi premium.


TIPS & ULASAN