Syarikat Teksi Tempatan Akan Bekerjasama Dengan Uber Untuk Memudahkan Tempahan

Syarikat Teksi Tempatan Akan Bekerjasama Dengan Uber Untuk Memudahkan Tempahan

Diterbitkan pada Mac 6, 2017 oleh .

Perang antara pemandu teksi dan Uber telah berlanjutan sejak Uber memasuki pasaran Malaysia. Kini, dalam sebuah langkah yang mengejutkan, ia dikatakan syarikat teksi tempatan akan bekerjasama dengan Uber dalam usaha untuk menyelamatkan industri teksi tempatan.

Menurut theSun, kerjasama ini akan ditandatangi oleh syarikat teksi tempatan bersama Uber Malaysia seawal minggu ini. Sekitar 500 pemandu teksi daripada enam syarikat teksi dijangka akan terlibat dalam fasa awal untuk menggunakan Uber bagi mendapatkan pelanggan.

Ia dikatakan kini syarikat teksi dalam perbincangan bersama Uber untuk beberapa perkara, termasuk dari segi transaksi dan sebagainya.

Pemandu teksi dijangka akan terus mengoperasikan pemanduan berasaskan meter seperti ditentukan SPAD, tetapi juga akan terbuka untuk mengambil penumpang melalui Uber – mengikut kadar yang ditentukan oleh Uber.

Langkah perubahan ini semestinya salah satu kemenangan untuk Uber, dan mungkin memberikan lebih saingan kepada Grab. Pemandu teksi dilaporkan lebih memilih Uber kerana penjenamaan dan kadar penggunaannya yang tinggi.


TIPS & ULASAN