Pengesan Kesihatan Fitbit Alta HR Dilancarkan – Dilengkapi Pengimbas Nadi

Pengesan Kesihatan Fitbit Alta HR Dilancarkan – Dilengkapi Pengimbas Nadi

Diterbitkan pada Mac 7, 2017 oleh .

Pengesan kesihatan adalah peranti boleh-pakai yang paling banyak dijual sepanjang 2016. Fitbit ialah syarikat menguasai pasaran peranti boleh-pakai dan mereka baru sahaja melancarkan pengesan kesihatan terkini Fitbit Alta HR. Perbezaan diantara Alta HR dan Alta yang dilancarkan sebelum ini ialah kewujudan pengimbas nadi.

Fitbit Alta HR juga boleh mengesan pola tidur pemakai dan menganalisa jumlah tidur mereka bagi mendapatkan jumlah rehat yang optimum. Perisian terkini membolehkan jumlah kalori yang dibakar dikira dengan lebih tepat ketika aktiviti bersenam. Bateri yang disertakan mampu memberikan hayat penggunaan sehingga tujuh hari.

Selain tali yang diperbuat daripada getah, terdapat juga aksesori tali gantian yang diperbuat daripada logam, kulit dan tali paracord. Harga jualan Fitbit Alta HR bermula dari $149.95 (~RM 672) dan akan mula dijual April.


TIPS & ULASAN