Carian
Jualan Musim Bunga GOG Memberikan Potongan Harga Sehingga 90%
March 7, 2017 Effi Saharudin

Musim bunga akhirnya tiba dan seperti biasa pelbagai jualan bagi menyambut kedatangannya bermula. Laman permainan komputer GOG.com memulakan jualan musim bunga mereka hari ini dengan potongan harga sehingga 90%.

Antara tawaran yang menarik ialah The Witcher 3 : Wild Hunt GOTY yang menerima potongan 40%. Permainan Indie seperti Undertale, Brothers Tale of Two Brothers dan Braid pula menerima potongan sebanyak 50%. Bagi mereka yang  gemar berjimat cermat, terdapat 500 permainan yang ditawarkan oleh GOG pada harga lebih murah. Jualan ini akan berlangsung sehingga 12 Mac.

Komen