Adobe Lightroom Mobile Kini Mengambil Gambar HDR Dalam Format RAW

Adobe Lightroom Mobile Kini Mengambil Gambar HDR Dalam Format RAW

Diterbitkan pada Mac 7, 2017 oleh .

Kemampuan kamera pada peranti pintar kini adalah cukup baik sehingga boleh digunakan untuk muka hadapan majalah dan merakam filem Hollywood. Dengan peningkatan kualiti imej ini, aplikasi menyunting gambar dengan kemampuan setanding desktop menjadi kegunaan jurugambar mudah alih profesional.

Adobe Lightroom Mobile ialah antara aplikasi menyunting gambar yang popular. Ia telah dikemaskini dan mula menyokong fungsi mengambil gambar HDR dalam format RAW. Tiga gambar digabungkan bagi menghasilkan imej RAW 16-Bit. Menurut Adobe algoritma yang digunakan di dalam Lightroom akan memberikan hasil yang lebih baik berbanding yang disertakan pada aplikasi kamera peranti.

Buat masa ini fungsi baru ini hanya disokong beberapa peranti seperti Samsung Galaxy S7. Google Pixel dan iPhone 6S keatas kerana memerlukan pemproses yang berkuasa tinggi.


TIPS & ULASAN