LineageOS 14.1 Kini Menyokong Peranti Dengan Pemproses Exynos Seperti Galaxy S7 Edge
Artikel Berkaitan

LineageOS 14.1 Kini Menyokong Peranti Dengan Pemproses Exynos Seperti Galaxy S7 Edge

Diterbitkan pada Mac 7, 2017 oleh .

Lineage OS bangkit dari debu Cyanogen Mod Januari lalu. Custom ROM ini sudah dimuat turun lebih 500 000 kali  setakat ini. Kini LineageOS 14.1 yang berasaskan Android 7.1 ini kini menyokong peranti yang menggunakan cip pemproses Exynos seperti Samsung Galaxy S7 Edge, S7, Tab S2 9.7, Galaxy Note 8.0 dan Galaxy S3.

Selain daripada itu versi terkini ROM ini menyokong penggunaan sebelah tangan. Pada peranti dengan butang navigasi di atas skrin, mod ini diaktifkan dengan menatal ke kiri atau kanan dari butang home. Pada peranti dengan butang navigasi fizikal pula, tetapan dilakukan menerusi menu Settings >> Button. Versi Android  pada LineageOS adalah lebih terkini berbanding yang diberikan secara rasmi oleh Samsung. Bagi mereka yang mahukan versi terkini ini ialah ROM untuk anda.

Senarai peranti yang kini menyokong ROM LineageOS


TIPS & ULASAN