Carian
Twitch Beralih Menjadi Laman Sosial Penuh – Memperkenalkan Garis Masa Perkongsian
March 7, 2017 Aman

Garis masa perkongsian bukan sesuatu yang baru pada laman sosial. Twitter memanggilnya sebagai Timeline, Facebook menamakannya sebagai NewsFeed, dan kini Twitch hadir dengan penawaran mereka tersendiri dinamakan sebagai Pulse.

Twitch Pulse

Melalui Twitch Pulse, mereka ingin memudahkan pengguna berkongsi dan berinteraksi dengan rakan-rakan lain – selain menjadikan ia lebih sosial berbanding kebiasaan. Seperti biasa, pengguna boleh berkongsi klip video, kemaskini, gambar, dan sebagainya.

Pelbagai perkongsian yang dikongsikan pada saluran juga akan dipaparkan pada Pulse dalam memudahkan pengguna untuk mengetahui kemaskini semasa dengan mudah.

Ini juga mungkin langkah awal pihak Twitch sebelum memperkenalkan sokongan jual-beli pada laman mereka.

Pulse akan diperkenalkan kepada semua pengguna Twitch bermula hari ini, dan turt akan hadir ke aplikasi mudah-alih tidak lama lagi.

https://vimeo.com/206671646

Komen